Penawar taubat adalah dengan meninggalkan perbuatan dosa yang berterusan kerana sesungguhnya tidak ada yang menghalang bagi orang yang bertaubat kecuali dengan meneruskan perbuatan dosa.
Perkara tersebut terjadi disebabkan kelalaian dan syahwat. Itu merupakan penyakit hati dan penawarnya seperti penawar penyakit tubuh badan, tetapi penyakit ini lebih banyak daripada
penyakit tubuh badan kerana tiga sebab:
Pertama : Orang yang sakit tetapi tidak tahu yang dia tengah sakit
Sebagai contoh, penyakit kusta pada wajah seseorang
yang tiada cermin baginya untuk menilik mukanya. Maka
dengan itu dia tidak mengubati penyakitnya disebabkan
dia tidak mengetahui. Apabila ada orang lain yang
memberitahu, barangkali dia tidak akan mempercayainya.
Kedua : Akibat daripada penyakit ini tidak disaksikan
oleh manusia dan kamu belum pernah mengalaminya.
Maka oleh itu kamu melihatnya bergantung pada
keampunan Allah SWT, padahal dia bersungguh-sungguh
dalam mengubati penyakit badan dengan kesungguhan
yang jitu.
Ketiga : Ia merupakan penyakit sukar yang tidak dapat disembuhkan oleh para doktor.
Maka sesungguhnya para doktor adalah orang yang mengetahui pada masa yang sama orang yang beramal.
Sesungguhnya ulama pada masa kini(zaman imam Al-Ghazali yg sebagai penulis kitab ini dan itu sekitar abad ke 5) telah ditimpa satu penyakit yang sukar bagi mereka untuk mengubati diri mereka sendiri dan penyakit tersebut adalah cintakan dunia.
Penyakit tersebut telah menguasai diri mereka sehingga memaksa mereka untuk menahan diri daripada memperingati manusia tentang dunia supaya tidak tersingkap keburukan-keburukan mereka. Maka keburukan mereka itu akan tersingkap ketika mana mereka menerima dan tertarik dengan dunia.
Maka dengan sebab ini, tersebarnya penyakit dan terputuslah penawar. Para doktor sibuk dengan cabang- cabang ilmu yang sia-sia, maka alangkah baiknya, bila mereka tidak berbuat kebaikan mereka juga tidak berbuat kerosakan, baik juga bila mereka diam dan tidak juga berkata apa-apa. Bahkan setiap orang seakan-akan menjadi batu keras di bibir lembah sebab dia tidak meminum dan tidak meninggalkan air untuk diminum oleh orang lain.
Kesimpulan dalam perkataan sebelum ini, dalam mengubatinya hendaklah engkau melihat sebab-sebab terjadinya dosa.
Perkara tersebut merujuk kepada lima sebab:
Pertama : Sesungguhnya seksaan yang dijanjikan bukan perkara yang boleh disangkal, sedangkan tabiat kebiasaannya meremehkan sesuatu yang tidak
nyata pada hal keadaan semasa.
Penawarnya adalah: dengan kamu berfikir untuk mengetahui setiap perkara yang datang itu adalah dekat manakala yang jauh tetap juga akan tiba.
Sesungguhnya kematian itu lebih dekat bagi setiap orang daripada tali kasutnya, dia tidak tahu mengenainya barangkali dia berada pada hari-hari akhirnya atau tahun akhir dari usianya. Kemudian dia merenung berfikir bagaimana dia letih dalam perjalanan dan menghadapi berbagai bahaya, ketakutan akan ditimpa kemiskinan pada masa yang akan datang iaitu hari kiamat.
Kedua : Sesungguhnya nikmat kelazatan dan syahwat dapat diambil (dihilangkan) dengan mudah dari tekadnya dalam waktu seketika sedangkan dia tidak dapat menghalanginya.
Penawarnya adalah berfikir, seandainya dia diberi peringatan oleh seorang doktor Kristian bahawa meminum air sejuk membahayakan dan akan membawanya pada kematian, sedangkan air sejuk merupakan sesuatu yang paling lazat baginya, bagaimana dia meninggalkannya? Maka ketahuilah bahawa Allah SWT dan Rasul-Nya SAW sepatutnya lebih dipercayai daripada seorang doktor Kristian.(Jika seorang Doktor Kristian boleh dipercayai nasihatnya mengenai masalah penyakit zahir, maka Allah SWT dan Rasulullah SAW yang menasihatinya mengenai penyakit batin (dosa) yang membawa ke neraka lebih wajib dipercayai.)
Sesungguhnya keabadian dalam neraka lebih dahsyat dibandingkan kematian yang disebabkan oleh sakit. Maka hendaklah dia menetapkan dalam dirinya bahawa segala sesuatu yang menyebabkan dosa hendaklah diyakini akan menjadi pemberat baginya untuk dimasukkan ke dalam neraka dan diharamkan untuk memasuki syurga Firdaus dan kenikmatan selama- lamanya.
Ketiga : Sesungguhnya dia menangguhkan taubat dari hari ke hari.
Penawarnya adalah: hendaklah dia berfikir dan mengetahui bahawa dalam membina benteng pemisah antara kebahagiaan dan kesengsaraan di atas sesuatu yang tidak ada jalan baginya, adalah satu kebodohan.
Maka, bagaimana dia mengetahui bahawasanya dia akan
tetap hidup sehingga sempat bertaubat?
Sesungguhnya kebanyakan jeritan penghuni neraka adalah disebabkan oleh penangguhan taubat kerana mereka menunda taubat sehingga dikejutkan dengan datangnya penyakit-penyakit yang membawa mereka kepada kematian.
Bagaimana bisa seperti itu?
Sebab mereka menangguhkan taubat kerana tidak mampu untuk mengekang syahwat pada ketika itu. Apabila dia menunggu hari di mana mudah baginya untuk
mengekang syahwat, maka hari seperti itu tidak diciptakan sama sekali.
Bahkan, perumpamaannya adalah seperti seorang yang ingin mencabut suatu pohon, padahal dia tidak berdaya untuk mencabut kerana kelemahannya dan kekuatan tunjang pohon itu, maka dia menunda perbuatannya kepada tahun akan datang pada masa yang sama dia mengetahui bahawa pohon itu semakin hari semakin bertambah kekuatan tunjangnya dengan pertambahan hari sedangkan kekuatan dirinya sendiri setiap hari semakin lemah dan berkurang. Maka, hal itu merupakan puncak kebodohan.
Keempat : Bahawasanya dia menganggap dirinya sebagai pemurah dan pemaaf.
Hal itu merupakan puncak kebodohan yang dibisikkan oleh syaitan. Syaitan telah menghiasinya untuk memalingkan seseorang dari agama.
Nabi SAW bersabda :
“Orang yang cerdik adalah orang yang menilai dirinya dan beramal untuk kehidupan setelah mati. Orang yang bodoh adalah orang yang mengikut hawa nafsunya dan berangan-angan terhadap Allah SWT”
Kelima : Seseorang yang ragu-ragu dalam masalah akhirat (dan kita berlindung kepada Allah SWT agar
dijauhkan dari hal ini).
Menganggap bahwa kematian itu adalah akhir dari segalanya padahal kematian itu hanya perpindahan keadaan saja,(ini hanya tambahan dari saya bukan kutipan dari kitab yg saya salin)
Taubat Daripada Segala Dosa Suatu Kewajiban
Taubat dari dosa semuanya penting dan wajib. Akan tetapi, bertaubat dari dosa-dosa besar lebih penting dan terus-menerus dalam melakukan dosa kecil juga termasuk dosa besar. Tidak ada dosa yang kecil jika dilakukan berulang-ulang kali dan tidak ada dosa besar jika diiringi dengan taubat dan istighfar. Terus-menerus melakukan dosa kecil berpengaruh besar
dalam menghitamkan hati. Ia seperti terus-menerusnya titisan pada air pada batu, ia pasti akan menyebabkan batu itu berlubang, walaupun air itu lembut dan batu itu keras lagi pejal.
Demikian yang bisa saya sampaikan terima kasih sudah membaca sampai akhir
Semoga kita mendapatkan berkah dengan mendalami ilmu agama ini
