Pernah merasa diri lebih baik?- Ketahuilah bahwa kadangkala kamu menduga dirimu berakhlak baik, padahal kamu tidak memiliki akhlak tersebut. Janganlah kamu sampai tertipu. Sewajarnya yang memberi penilaian adalah orang lain. Kamu wajar bertanya kepada seorang teman yang jujur dan arif, yang jawapannya bukan hanya untuk menyenangkanmu.
Ringkasnya, jika ada orang lain yang menyebutmu berakhlak buruk, maka boleh jadi keadaanmu memang begitu. Sebab, kebanyakan akhlak
berkaitan dengan orang lain, maka kamu perlu menzahirkan akhlak baik atau buruk kepada
mereka.
Di antara tempat yang kamu sering tertipu dalam masalah akhlak ini ialah:
Kamu marah, kemudian kamu menyangka bahawa kamu marah kerana Allah .
Kamu memperlihatkan ibadah dan kamu menduga bahawa kamu memperlihatkannya agar dijadikan teladan.
Kamu menahan diri dari makan, atau mencari keduniaan, atau kamu menahan ammarah.
Hal itu mudah bagimu untuk mengenalinya, maka riya’lah yang mendorong semuanya. Demikian pula tempat-tempat penipuan yang banyak jumlahnya dalam masalah ini, yang telah kami kemukakan dalam perbicaraan bab al-Ghurur. Sesungguhnya buku ini tidak dapat memuatkan semuanya.
Menghilangkan Akhlak Tercela Dalam Hati
Kamu mesti mencari akhlak ini dalam hatimu.
Mulakanlah dengan yang paling penting, kemudian dengan yang kurang penting dan seterusnya.
Perhatikanlah sifat yang paling menonjol, kemudian hancurkanlah secara bertahap.
Sangkaanku bahawa yang lebih menonjol pada dirimu adalah cinta dunia, sejumlah perbuatan maksiat dan akhlak-akhlak tercela yang kamu turuti.
Kamu tidak mungkin bersih dari cinta dunia kecuali dengan mencari tempat untuk menyendiri yang sunyi dan memikirkan penyebab mengapa kamu menerima dunia dan menolak akhirat. Niscaya kamu akan menemui penyebabnya adalah memperolehinya.
Adapun dengan keletihan perjalanan hidup yang panjang menyebabkan kamu reda dan menganggap kelelahan itu suatu yang remeh meskipun selama satu tahun misalnya. Meskipun jumlah usiamu lebih daripada seabad. Bahkan jika tak ada tambahan antara kedua-duanya. Maka, fikirkanlah tindakan kamu yang akan menyingkap kebodohanmu dalam pengibadatan.
Mungkin kamu akan berkata: “Sesungguhnya aku melakukan perkara tersebut kerana berharap keampunan kerana Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.” Aku akan bertanya: “Mengapa kamu tidak meninggalkan pertanian, perdagangan dan mencari harta dengan mengharapkan ditemuinya harta-harta yang terpendam pada sebuah runtuhan? Bukankah Allah Maha Mulia yang tidak akan berkurang sedikit pun kekuasaanNya sekiranya Dia memberitahu sebuah perbendaharaan dari perbendaharaan-perbendaharaanNya pada saat tidurmu, lalu kamu mengambilnya?”
Jika kamu mengatakan bahawa itu hal yang jarang berlaku walaupun termasuk dalam kekuasaan Allah taala, maka aku akan mengatakan: “Ketahuilah bahawa mengharap keampunan bersama dengan
merosakkan amal dan akhlak, sama seperti
mengharapkan harta simpanan di celah runtuhan, bahkan lebih jauh darinya dan jarang sekali terjadi.”
Sesungguhnya Allah telah memberimu peringatan dalam firmanNya:
وَاَنْ لَّيْسَ لِلْاِنْسَانِ اِلَّا مَا سَعٰىۙ
Artinya: “Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.”
Surah an-Najm: 39
Allah ta'ala berfirman:
اَمْ نَجْعَلُ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ كَالْمُفْسِدِيْنَ فِى الْاَرْضِۖ اَمْ نَجْعَلُ الْمُتَّقِيْنَ كَالْفُجَّارِ
Artinya: “Patutkah Kami jadikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh itu sama seperti orang-orang yang melakukan kerosakan di muka bumi?”
Surah Sad: 28
Allah ta'ala juga membuatmu benci untuk mencari harta, Dia berfirman:
,وَمَا مِنْ دَاۤبَّةٍ فِى الْاَرْضِ اِلَّا عَلَى اللّٰهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۗ كُلٌّ فِيْ كِتٰبٍ مُّبِيْنٍ
Artinya: “Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya.”
Surah Hud: 6
Maka, mengapa kamu boleh mendustai
kemuliaanNya di dunia dan kamu tidak bertawakkal kepadaNya, kemudian kamu menipu dirimu sendiri dengan kemuliaan di negeri akhirat, padahal kamu tahu bahawa tuhan dunia dan akhirat adalah satu?
