8 hal penting yang didapat imam hatim Al Asham - di dalam kitab ayyuha walad karya imam Al Ghazali
Wahai anakku yang tercinta !
Imam Hatim al-Asham (wafat 237H) rahimahullahu taala
pemah ditanya oleh gurunya Imam Syaqiq al-Balkhi (wafat194H) rahimahullahu taala: Engkau telah belajardaripadaku selama tiga puluh tahun lamanya. Maka apakahilmu yang telah engkau dapatkan daripadaku? Hatim al-Asham rahimahullahu taala menjawab: Aku telah dapatmenghasilkan lapan faedah daripada segala yang akupelajari. Pada fikiranku lapan faedah ini sudah memadaiuntukku, kerana aku mengharapkan padanya keselamatandan kesejahteraanku pada hari kiamat nanti.
Lalu Imam Syaqiq berkata: Apa lapan faedah itu? ImamHatim al-Asham menjawab: Lapan faedah itu ialah:
Faedah Pertama:
Sesungguhnya aku telah melihat kepada makhluk-makhluk yang ada di dunia ini lalu aku mendapati bahawa bagi setiap
mahkluk ini mesti ada sesuatu yang dikasihinya dan diasyiqinya. Dan aku melihat pula bahawa ada sebahagian daripada sesuatu yang dikasihinya itu hanya menemani kekasihnya sehingga sampai ia sakit sahaja, dan ada pulayang sentiasa menemaninya sehingga ke dalam kubur.Manakala yang lainnya akan terus pulang dan tidak mau untuk bersama-sama dengan kekasihnya di dalam kubur. Iaakan membiarkan kekasihnya tinggal seorang diri di dalamkubur. Lalu aku terus berfikir, dan akhimya aku membuatkesimpulan bahawa sebaik-baik kekasih itu ialah kekasihyang setia yang mengiringi kekasihnya sampai ke dalamkubur dan menjadi penghibur dan teman yang setia. Dantidak ada kekasih yang bersedia untuk berbuat demikian ituselain daripada amal saleh. Maka aku termasuk yang menjadikan amal saleh itu sebagai teman dan kekasihku, supaya ia dapatmenerangi kuburku, dan menghibur hatiku dan sudah pastiia tidak akan meninggalkan aku duduk bersendirian dalam
kuburku.
Faedah Kedua :
Sesungguhnya aku melihat sekalian mahkluk ini sentiasa mengikuti kehendak nafsu mereka dan bersegeramenunaikan apa jua kehendaknya. Lalu aku memikirkan
firman Allah taala yang berbunyi:
وَاَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهٖ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَ *
فَاِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوٰىۗ *
( Surah An-Nazi'at, ayat 40-41)
Maksudnya: “Dan adapun orang yang takut akan berdiri dihadapan Tuhannya dan ia menahan nafsu daripadakehendaknya maka akan dijadikan baginya Syurga itusebagai tempat tinggalnya”.
Apabila aku memikirkan ayat ini maka timbullah satu keyakinan di dalam hatiku bahwa al-Quran itu adalahbenar, dan nafsu itu mesti dimusuhi, lalu aku punmenjadikannya sebagai musuh, dan aku berjuang untukmenentangnya dan aku tidak memanjakannya sehingga ia tunduk kepadaku dan ia merasa puas hati dengan tugasnyauntuk taat dan beribadah akan Allah taala.
Faedah Ketiga :
Sesungguhnya aku melihat setiap orang berusaha untukmenghimpunkan harta benda dunia ini sebanyak-banyaknyakemudian lalu ia menahannya dan tidak mau
menyumbangkannya, lalu aku memikirkan akan firmanAllah taala yang berbunyi:
مَا عِنْدَكُمْ يَنْفَدُ وَمَا عِنْدَ اللّٰهِ بَاقٍۗ
(Surah An-Nahl, ayat 96)
"Maksudnya: “Apa yang ada di sisimu akan habis. Danpahala yang ada di sisi Allah itu adalah kekal”.
Lalu aku pun terus suka mengorbankan apa jua yang akudapatkan daripada harta benda dunia, dan aku sukamemberikannya di kalangan fakir dan miskin, supaya hartabenda itu menjadi pahala yang tersimpan di sisi Allah taala.
Faedah Keempat:
Sesungguhnya aku melihat sebahagian daripada mahkluk iniada yang menyangka bahawa kemuliaan dan keagungan ituadalah terletak pada banyaknya pengikut lalu ia tertipudengan cara bertikimya ini. Dan ada pula sebahagiandaripada mereka yang menyangka bahawa kemuliaan dankeagungan itu terletak pada banyaknya harta benda dan anakbuah, lalu ia merasa sombong dengan yang demikian itu.Bahkah ada pula yang menyangka bahawa kemuliaan dankeagungan itu dari kemampuan merompak hak orang lain,dan menzhalimi mereka serta menumpahkan darah mereka.Dan ada juga yang menyangka bahawa kemuliaan dan keagungan itu dari sebab banyak membuang-buang harta
dan melakukan perbuatan mubazdzdir dan keterlaluan dalamberbelanja.Lalu aku memikirkan tirman Allah taala yang berbunyi:
اِنَّ اَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللّٰهِ اَتْقٰىكُمْ ۗ
(Surah Al-Hujurat, ayat 13)
Maksudnya:”Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisiAllah taala itu ialah orang yang paling tinggi takwanya”.
Maka aku pun memilih jalan takwa untuk mendapatkemuliaan dan aku yaqin dengan sepenuh hati bahawa apayang disebutkan di dalam al-Quran itu benar dan sangkaan-sangkaan mereka yang saya sebutkan tadi, semuanya adalahpalsu belaka.
Faedah Kelima:
Sesungguhnya aku melihat ramai orang yang saling maki-memaki danumpat-mengumpat, dan aku dapati hal inidisebabkan daripada sifat-sifat hasad dalam memiliki harta,kedudukkan atau ilmu. Lalu aku memikirkan firman Allahtaala yang berbunyi:
نَحْنُ قَسَمْنَا بَيْنَهُمْ مَّعِيْشَتَهُمْ فِى الْحَيٰوةِ الدُّنْيَ
(Surah Az-Zukhruf, ayat 32)
Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami-lah yangmembahagikan segala sumber kehidupan mereka di atasdunia ini”.
Maka aku pun faham bahawa pembahagian segala ni'mat ituadalah daripada Allah taala sejak daripada alam azali lagi.Oleh kerana itu aku tidak pemah hasad akan siapapun danaku merasa puas hati dengan pembahagian yang telahdilaksanakan oleh Allah taala.
Faedah Keenam
Sesungguhnya aku melihat manusia ini satu sama lain salingbermusuh-musuhan kerana ada suatu tujuan atau suatusebab. Lalu aku memikirkan firman Allah taala yang
berbunyi:
اِنَّ الشَّيْطٰنَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوْهُ عَدُوًّاۗ
(Surah Faathir, ayat 6)
Maksudnya: “Sesungguhnya syaitan itu bagi kamu adalahmusuh yang nyata kerana itu jadikanlah ia sebagai musuh”.
Maka aku membuat kesimpulan bahawa aku tidak perlubermusuh dengan siapapun, selain hanya dengan syaitan.
Faedah Ketujuh:
Sesungguhnya aku melihat setiap orang bersungguh-sungguh dan berusaha dengan sepenuh tenaganya untukmencari makan dan sumber kehidupan. Dan terkadang iaterpaksa mengambil yang syubhat dan yang haram. Iaterpaksa menjual harga dirinya dan air mukanya. Lalu akumemikirkan firman Allah taala yang berbunyi:
Maksudnya: “Dan tidak ada daripada suatu yang melata diatas muka bumi ini kecuali rezekinya telah dijamin olehAllah taala”.
Maka aku pun mengetahui bahawasanya rezekiku di tanganAllah taala dan telah dijamin oleh Allah taala, lalu akuhanya sibuk mengeijakan ibadah kepadaNya. Dan akuputuskan segala harapanku dengan selain daripadanya.
Faedah Kedelapan :
Sesungguhnya aku melihat setiap orang ada memiliki suatuyang menjadi pegangannya. Sebahagian mereka menjadikandinar dan dirham sebagai pegangan, dan yang lain pulamenjadikan harta dan kerajaan sebagai pegangan, dan adapula orang yang menjadikan kemahiran atau pekerjaansebagai pegangan, bahkah ada orang yang menjadikanhamba Allah sebagai pegangannya. Lalu aku memikirkanfirman Allah taala yang berbunyi:
وَمَنْ يَّتَوَكَّلْ عَلَى اللّٰهِ فَهُوَ حَسْبُهٗ ۗاِنَّ اللّٰهَ بَالِغُ اَمْرِهٖۗ قَدْ جَعَلَ اللّٰهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
(Surah At-Thalaq, ayat 3)
Maksudnya: “Dan siapa yang bertawakal kepada Allahmaka Allah pasti akan mencukupkannya. SesungguhnyaAllah taala itu mempersampaikan segala urusannya dansesungguhnya Allah taala telah menjadikan bagi setiapsesuatu itu kadar yang telah ditentukannya”.
Maka aku pun terus bertawakal kepada Allah taala makaAllah taala mencukupkan akan daku dan Allah taala itu ialahsebaik-baik tempat berserah diri.
Lalu Imam Syaqiq al-Balkhi berkata kepada Hatim Al-Asham: “Semoga Allah sentiasa memberi taufiq kepadamu.Sesungguhnya aku telah membaca Taurat, Injil, Zabur danal-Quran, maka aku mendapati isi keempat - empat kitab iniadalah beredar pada membahas lapan masalah yang engkausebutkan tadi. Dan siapa yang beramal dengannya makasebenamya ia telah beramal dengan keempat - empat kitab yang aku sebutkan tadi.
.jpeg)