Pernah lapar? Ternyata ada dampak baiknya

Pernah lapar ternyata ada dampak baiknya jika kita merasakan lapar
Simak penjelasan dari keterangan yang saya ambil dari buku 40 prinsip agama karya imam Al Ghazali rahimullah.







     Sudah tentu kamu ingin mengetahui tentang Rahasia kehebatan berlapar dan kaitannya dengan jalan untuk menuju ke akhirat. Justeru ketahuilah bahawa berlapar itu mempunyai faedah yang banyak dan kesemua faedah tersebut dapat disimpulkan kepada 7 perkara.
Pertama: Menyuci hati dan menajamkan mata hati
     Hal ini kerana kekenyangan itu akan mewariskan kebodohan dan dan membutakan hati. Nabi  telah bersabda:
artinya: “Sesiapa yang melaparkan perutnya, maka akan hebatlah pikirannya dan akan cerdas akalnya'
Maka jelaslah bahawa kunci kepada kebahagian ialah ma’rifah (pengetahuan) dan ia tidak akan tercapai melainkan dengan kebeningan hati. Oleh yang demikian, berlapar itu dapat mengetuk pintu syurga.
Kedua: Melembutkan hati
Berlapar itu boleh melembutkan hati sehingga dapat merasai kelazatan bermunajat serta terkesan dengan zikir dan ibadah. Al-Junaid telah berkata: “Hendaklah setiap daripada kamu mengosongkan perutnya daripada makanan sekiranya dia ingin merasai kelazatan bermunajat.”
Maka jelaslah kepada kamu bahawa perihal hati dari segi khasyiah (gentar), takut (khauf), lembut (riqqah), mengadu (munajah) dan akur dengan kehebatan Allah adalah merupakan antara kunci-kunci pintu syurga, meskipun pintu makrifah itu terletak di atasnya, maka berlapar itu adalah merupakanketukan kepada pintu tersebut.
Ketiga: Merendahkan jiwa dan menghilangkan sifat menolak kebenaran dan melampaui batas
Nafsu tidak akan dapat dipatahkan dengan sesuatu apa pun sebagaimana lapar dapat mematahkan nafsu. Sifat melampaui batas membawa seseorang kepada lalai daripada mengingati Allah dan sifat lalai merupakan pintu neraka jahim dan kebinasaan. Maka dengan berlapar, seseorang itu dapat menutup pintu neraka tersebut. Justru, proses untuk menutup pintu kebinasaan ialah dengan cara membuka pintu kebahagiaan. Oleh yang demikian, ketika mana nikmat dunia ditawarkan kepada Nabi Muhammad Saw, baginda menjawab: 
Artinya: “Aku tidak mahu, bahkan akau ingin berlapar sehari dan kenyang sehari. Ketika dalam keadaan lapar 
aku dapat bersabar dan pasrah dan ketika dalam keadaan kenyang aku dapat bersyukur.”
 
Keempat: Ujian (Bala’) adalah antara pintu-pintu syurga
Hal ini kerana berlapar itu merupakan penyaksian kepada merasai azab Allah dan dengan berlapar dapat menambahkan rasa takut kepada azab
akhirat. Seseorang itu tidak akan mampu menyiksa dirinya dengan sesuatu apa pun seumpama siksaan berlapar. Sesungguhnya berlapar itu tidak 
memerlukan sesuatu yang membebankan bahkan faedah lain yang berkait dengannya ialah seseorang itu dapat menyaksikan ujian Allah secara berterusan dengan berlapar.
Kelima: Merupakan faedah yang paling besar iaitu: 
Mematahkan keseluruhan nafsu syahwat yang merupakan sumber maksiat dan menguasai nafsu 
daripada dorongan kepada kejahatan.
Berkata Dzu al-Nun : "Ketika aku dalam keadaan kekenyangan akan memudahkan aku melakukan maksiat atau berkeinginan untuk melakukan maksiat.”
Sayyidatina ‘Aishah berkata: “Bid’ah terawal yang berlaku selepas kewafatan Rasulullah saw.ialah kenyang. Sesungguhnya sesuatu kaum itu, apabila perut mereka kenyang, hati mereka mudah cenderung kepada dunia.”


Keenam: Meringankan badan untuk tahajjud dan beribadah dan melenyapkan rasa mengantuk yang menjadi penghalang kepada ibadah
Hal ini kerana modal bagi kebahagiaan ialah umur manakala tidur itu dapat mengurangkan umur apabila terhalang daripada melakukan ibadah. Puncak daripada mengantuk ialah dengan banyak makan.
Berkata Abu Sulaiman al-Darani: “Barangsiapa yang kenyang akan masuk kepadanya 6 penyakit iaitu hilangnya kemanisan ibadah, lemah dalam memelihara hikmah, melenyapkan rasa belas kasihan kepada makhluk kerana apabila seseorang itu kenyang, maka dia menyangka bahawa semua makhluk turut kenyang, berat melakukan ibadah dan bertambahnya nafsu syahwat. Ramai di kalangan orang beriman berlegar sekitar masjid sedangkan dia asyik berlegar sekitar tong sampah.”
Ketujuh: Meringankan perbelanjaan dan 
mengukuhkan sifat qana’ah terhadap nikmat dunia 
yang sedikit serta melebihkan rasa kekurangan Hal ini kerana sesiapa yang dapat membebaskan diri 
daripada kerakusan perutnya maka dia tidak memerlukan kepada harta yang banyak serta akan 
gugur daripadanya kebanyakan keinginan dunia.Justeru, selagi mana seseorang itu ingin meminjam harta bagi memenuhi syahwat perutnya, maka pinjamlah kepada dirinya sendiri dan tinggalkan kehendak syahwatnya. Ketika Ibrahim bin Adham ditanya tentang sesuatu yang bernilai. Beliau menjawab: “Ringankannya dengan meninggalkannya.”

Berperingkat-peringkat dalam mengurangi pengambilan makanan
Boleh jadi kamu akan bertanya: “Kenyang dan banyak makan telah menjadi adat kebiasaan, justeru bagaimana hendak meninggalkannya?
Maka ketahuilah bahawa perkara ini menjadi mudah bagi sesiapa yang berkehendak dengan 
melakukannya secara berperingkat-peringkat. Iaitu 
dia hendaklah mengurangkan pengambilan 
makanan setiap hari sebanyak satu suapan 
sehinggalah berkurang kepada satu gumpalan dalam tempoh sebulan. Perkara ini tidak menjadi jelas kesannya sehingga pengurangan pengambilan makanan ini menjadi adat kebiasaan seseorang. 
Apabila kamu telah patuh kepada proses 
pengurangan secara berperingkat ini, maka barulah 
kamu memerhati kepada masa, kadar dan jenis.
Terdapat 3 tingkatan berdasarkan kadar iaitu:
Tertinggi: Ini adalah tingkatan golongan Siddiqin.
Memadai sekadar yang cukup dapat menegakkan tulang sulbi. Kadar ini sekiranya berkurangan dibimbangi akan menjejaskan akal dan kehidupan.
Inilah yang dilakukan oleh Sahl al-Tustari. Beliau berpandangan bahawa solat yang dilakukan secara duduk kerana lemah disebabkan berlapar adalah 
lebih afdhal daripada solat secara berdiri kerana kuatnya makan.
Kedua: Kamu berasa cukup dengan separuh cupak
setiap hari iatu 1/3 daripada bahagian perut. Kadar ini adalah menjadi kebiasaan ‘Umar dan sekumpulan para sahabat. Bekalan makanan mereka dalam seminggu adalah satu sa’ daripadabarli (sha’ir).
Ketiga: Satu cupak. Dan sekiranya melebihi daripada kadar ini seseorang itu telah menyertai golongan kebiasaan dan menyimpang daripada jalan golongan Salikin yang bermusafir menuju kepada Allah. Dan kadang-kadang faktor yang memberi kesan kepada kadar pengambilan makanan adalah bergantung kepada perbezaan perihal dan individu.

Terima kasih banyak karena sudah mau membaca sampai akhir


Sumber:buku 40 prinsip agama


Posting Komentar

Lebih baru Lebih lama

Formulir Kontak