Hakikat dunia dalam pandangan islam
Apa sebenarnya Hakikat dunia ini-Beberapa dari kalian pasti pernah menganggap,melihat atau mendengar orang dengan berkata:"dunia ini tidak adil","hidup di dunia luar itu keras".
Lalu bagaimana hakikat dunia dalam perspektif Islam mari simak dari yang saya kutip dari karya imam Al Ghazali 40 prinsip agama, untuk itu mari kita beri Al Fatihah kepada beliau agar apa yang kita ketahui akan membawa manfaat kedepannya
Ketahuilah bahawa cinta dunia merupakan kepala segala kesalahan. Dunia yang dimaksudkan bukanlah harta dan kemegahan sahaja, tetapi kedua-duanya hanya sebahagian dari dunia, bahkan dua cabang di antara cabang-cabangnya.
Cabang dunia amatlah banyak. ‘Duniamu’ adalah ungkapan untuk keadaanmu sebelum mati. ‘Akhiratmu’ adalah ungkapan untuk keadaanmu setelah mati. Semua bahagian yang kamu miliki sebelum kematian, maka ia adalah duniamu, kecuali ilmu, makrifat dan kebebasan. Apa sahaja yang tetap bersamamu setelah kematian, maka itu juga merupakan kelazatan menurut orang-orang yang berakal. Akan tetapi, itu bukan sebahagian dari dunia, meskipun ia berada di dunia.
Adapun bahagianmu dari dunia tersebut diungkapkan oleh al-Quran dengan istilah hawa nafsu, seperti firman Allah
اِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْاَرْضِ زِيْنَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ اَيُّهُمْ اَحْسَنُ عَمَلًا
Artinya: “Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka…”
Surah Al Kahfi:7
Apa yang dicari manusia merupakan sebahagian dari bumi. Allah Yang Maha Suci berfirman:
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوٰتِ مِنَ النِّسَاۤءِ وَالْبَنِيْنَ وَالْقَنَاطِيْرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْاَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ۗ ذٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيٰوةِ الدُّنْيَا ۗوَاللّٰهُ عِنْدَهٗ حُسْنُ الْمَاٰبِ
Artinya: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia; kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).”
Surah Ali ‘Imran: 14
Adapun bahagianmu dari dunia tersebut diungkapkan oleh al-Quran dengan istilah hawa nafsu, seperti firman Allah:
وَاَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهٖ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوٰىۙ
“Dan ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu…”
Surah al-Nazi’at: 40
Allah juga berfirman sebagai penjelasannya dalam surah al-Hadid ayat 20:
Artinya “Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak,”
Ini termasuk dalam semua bahagian dunia ini adalah semua perosak batin yang berupa sifat dengki, sombong, iri hati, riya’, kemunafikan, bermegah-megah, berbanyak-banyak, cinta dunia dan suka pujian. Itulah dunia batin.
Adapun kebendaan, iaitu dunia zahir, adalah kesibukanmu dalam usaha mengurusnya, iaitu sejumlah usaha dan produksi yang manusia sibuk dengannya. Dalam kesibukannya itu, mereka melupakan diri mereka, asal mereka dan tempat kembali mereka kerana mereka tenggelam dalam kesibukan dengan dunia.
Yang menyibukkan mereka dengan kebendaan ini adalah dua ikatan:
Pertama: Ikatan hati yang disebabkan oleh mencintai bahagian-bahagiannya.
Kedua: Ikatan jasmani yang disebabkan oleh kesibukan mengurusnya.
Inilah hakikat dunia yang mencintainya merupakan kepala daripada segala kesalahan. Sebenarnya dunia diciptakan untuk menjadi bahan bekalan menuju ke alam akhirat. Akan tetapi, kerana banyaknya kesibukan dunia dan pelbagai jenis nafsu dunia membuatkan orang-orang yang dungu melupakan perjalanan dan tujuan mereka. Cita-cita mereka hanya terhad pada dunia. Mereka seumpama orang yang melaksanakan ibadah haji yang sedang berada di padang pasir. Dia sibuk mengurus untanya, memberi makan dan menggemukkannya. Maka dia akan ditinggalkan oleh teman-temannya sehingga dia pun terlepas dari ibadah hajinya dan diserang oleh binatang padang pasir.
Dunia Sebagai Ladang Akhirat
Dunia yang tercela dan merosakkan ini sebenarnya adalah kebun akhirat bagi orang yang mengenalinya. Sebab, dia tahu bahawa dunia adalah salah satu tempat singgah dari persinggahanpara penempuh jalan menuju Allah ta'ala. Ianya bagai benteng yang dibina di tengah jalan. Di dalamnya disediakan banyak makanan, bekalan dan keperluan-keperluan perjalanan.
Perumpamaan manusia di bumi adalah bagaikan sekumpulan orang yang menaiki kapal yang membawa mereka ke suatu pulau. Kemudian kelasi kapal menyuruh mereka keluar untuk memenuhi segala keperluan mereka dan mengingatkan mereka akan bahaya tempat tersebut dan kapal yang akan segera berangkat. Mereka pun bertebaran di pulau itu. Sebahagian mereka segera pergi dan memenuhi keperluannya, lalu mereka kembali ke kapal.Maka mendapat tempat yang kosong dan luas.Sebahagian mereka terpegun dan melihat bunga-bunga pulau tersebut, cahayanya, keindahan batuannya, keajaiban hutan dan suara merdu burung-burung, kemudian dia kembali ke kapal, tetapi dia tidak mendapat tempat, kecuali tempat yang sesak dan sempit. Sebahagian mereka mengumpulkan karangan kerang dan batu-batu yang keindahannya membuat rasa kagum sehingga dia tidak tega membiarkan kecuali dengan membawa sebahagian darinya. Namun, dia tidak menemui tempat dalam perahu, kecuali ruangan sempit yang dia persempitkan dan perberatkan lagi dengan batu-batu dan karangan kerang tersebut.
Akan tetapi, dia juga tidak sanggup membuangnya sehingga dia tidak mendapat tempat untuknya. Dia pun merangkulnya sehingga dia rebah kerana keletihan.
Sebahagian mereka memasuki hutan sehingga terlupakan kapal dan sibuk melihat bunga-bungaan serta menikmati buah-buahannya. Ketika melihat-lihat itu hatinya tak pernah lepas dari rasa takut akan binatang buas dan khuatir terjatuh dan kecederaan. Ketika dia kembali ke kapal, dia tidak menjumpai kapal itu sehingga dia pun tinggal di pantai. Lalu dia diserang binatang buas dan dimakan oleh singa. Inilah gambaran pencinta dunia dihubungkan dengan dunia dan akhirat. Perhatikan dan pertimbangkanlah jika kamu memiliki akal.
Permusuhan Dunia Terhadap Akhirat
Orang yang mengenali dirinya, mengenali tuhannya mengenali hiasan dunia dan mengenali akhirat. Berbekal cahaya kearifan dia menyaksikan wajah permusuhan dunia terhadap akhirat. Sebab, telah tersingkap baginya dengan pasti bahawa tidak ada kebahagiaan di negeri akhirat, kecuali bagi orang yang lebih mengutamakan Allah Yang Mahau suci dengan makrifat dan cinta kepadaNya. Sesungguhnyacinta tak akan diraih kecuali dengan zikir secara berterusan. Sesungguhnya makrifat tidak akan diperolehi kecuali dengan mencari dan berfikir terus-menerus. Tidak ada kesempatan untuk memperoleh kedua-duanya, kecuali orang yang menolak kesibukan dunia. Makrifat dan cinta tidak akan mampu bersemayam di hati, selagi hati tidak dibebaskan daripada cinta kepada selain Allah. Bebasnyahati daripada selain Allah merupakan tujuan utama kesibukannya dengan cinta kepada Allah ta'ala dan makrifat kepadaNya. Perkara itu tidak dapat di bentuk kecuali hanya bagi yang menolak dduniadan berasa cukup dengan bekalan dan
Sekian yang saya kutip dari kitab 40 prinsip agama karya imam Al Ghazali
Semoga Allah memberi kita manfaat dari apa yang sudah dibaca
Terima kasih yang sudah membaca ini sampai akhir
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
