Bagaimana Cara Bicara Yang Benar?


 Mungkin kalian bertanya bertanya bagaimana cara bertanya yang benar, ketika kalian bicara dengan seseorang tapi malah menimbulkan hal yang tidak baik

Jadi saya menuliskan tentang adab berbicara yang tertuang dalam kitab rahasia ilmu kaum Muqorobbin karya habib Muhammad Al Idrus

Sebelumnya mari baca Al Fatihah untuk pengarang kitabnya



Adab dalam berbicara


1.Orang yang berakal akan  mempertimbangkan dengan baik setiap langkah yang akan diambilnya. Tidak ada satu pekerjaan yang dilakukan dengan sia sia atau kerana kebiasaan belaka. Semua amalnya dilandas dengan niat niat baik, khususnya saat berbicara. Kerana dalam ucapan / percakapan tersimpan berbagai rahasia yang menakjubkan dan hikmah mengagumkan yang harus diperhatikan oleh mereka yang mempunyai akal.

Keterangan:

Sesiapa yang tidak dapat berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu pekerjaan akan sia sia disebabkan ucapan dan percakapan mengandungi rahasia yang sangat menakjubkan dan hikmah yang terkeluar sangat mengagumkan yang harus diperhatikan oleh mereka dengan sebaik baiknya. Sekiranya sesiapa tidak dapat memperhatikannya bererti dia tidak mempunyai akal yang boleh menangkap rahasia dan hikmah tersebut”.

2. Seorang manusia harusnya berpikir dahulu sebelum berbicara dan meletakkan lidah dibalik

3. (dibelakang) hatinya. Tidak boleh sepatah kata pun diucapkan tanpa dilandaskan ilmu pengetahuan dan akal yang sehat tanpa campur tangan oleh hawa dan nafsu.

3. Harus berbicara dengan halus (sedikit) dan tidak banyak meski pun baik, kerana ucapan yang baik akan menjadi buruk bila selalu terlalu banyak cakap.

4. Jangan berbicara dengan tak tentu pasal dan berteriak teriak (suara yang tinggi).

5. Hendaklah mengetahui bila harus berhenti bicara ketika nafsunya masih menyuruhnya dan berhenti sebelum orang lain tidak mahu mendengarkan.

6. Hendaknya tidak bercerita sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat seperti mencerita peristiwa yang telah terjadi tanpa ada tujuan yang benar.

7. Jauhilah berkumpul bersama sama orang yang lalai atau orang orang yang berakal lemah yang menghabiskan waktunya mencerita kejadian yang sudah berlalu tanpa tujuan yang benar.

8. Hendaklah bercakap bila perlu sahaja. Kerana itulah dikatakan bahwa menolong orang yang bersalah adalah melakukan dua kesalahan.

9. Menceritakan peristiwa yang lalu hanya menyia yiakan umur.

10. Jauhilah diri dari berbicara dan mendengar ucapan ucapan yang dapat membangkitkan nafsu dan menjemput timbulnya keburukkan. Kerana nafsu sangat cepat mempelajari dan dapat merasakan keadaan nafsu orang lain.

11. Berhati hati bila mengucapkan sesuatu yang pada zahirnya baik tapi muncul dari nafsunya yang bergejolak dan buruk maka ucapannya akan menggerakkan dan membangkitkan keburukan nafsu orang lain.

12. Pada masa hendak berbicara perhatikan nafsu kamu dan nafsu orang lain supaya tercapai kebaikan dan ketenangan bukanl keburukan.

13. Pengaruh ucapan pada pendengar tergantung pada jiwa pembicara kalau ucapan tersebut muncul dari jiwa yang kuat maka akan memberikan kesan yang kuat. Dan jika muncul dari jiwa yang lemah maka akan memberikan kesan yang lemah.

14. Berbicaralah dengan teman teman kamu dengan lemah lembut dan menyenangkan hatinya dan tidak membuatnya marah.

15. Bergaulah dengan manusia dengan sopan santun.

16. Jauhilah pertentangan dan pertengkaran dengan segenap tenaga baik secara zahir atau batin. Jika engkau tidak mampu menghindarinya secara batiniah maka hindarilah secara zahiriah.

17. Sayidina Ali kwh berkata: “Biasakanlah diri kamu untuk berniat baik dan bertujuan baik niscaya kamu akan selamat dunia dan akhirat”.

18. Perbaikilah akhlak engkau niscaya engkau akan mendapat petunjuk dalam setiap urusan perbuatan engkau 

19. Ilmu diperoleh dengan belajar sedang hilm (sabar) diperolehi dengan latihan bersabar.

20. Jagalah ucapan engkau daripada mengucapkan kata kata buruk atau menceritakan (menyampaikan) cerita yang buruk kepada seseorang kerana kelak engkau akan terkena kesalahannya dan akan mendapat dosa paling banyak.

21. Bila engkau didalam keadaan marah dan emosi tahanlah diri engkau dari berkata kata kerana saat itu nafsu engkau sedang bergolak dan berkobar kobar untuk menarik engkau sampai tergelincir dalam kesalahan. Hendaklah engkau bersabar sehingga nafsu engkau tenang.

   Adab Mendengarkan Pembicaraan:

 Didalam kitab rahasia ilmu kaum Muqorobbin ada juga tentang adab mendengarkan pembicaraan 

 semoga Allah memberi kita pemahaman dari yang tertuang dalam tulisan ini.

Berikut adalah peraturan dan garis panduan buat salik untuk mengikutinya:

1. Murid hendaklah beradab ketika mendengarkan pembicaraan terutama pada Para Alim Ulama dan khususnya pada Guru mereka.

2. Jangan sekali kali hentikan atau menyampuk ucapan seseorang dihadapan khalayak ramai kerana perbuatan itu sangat buruk terhadap seorang yang masih dalam perjalanannya.

3. Sekiranya ucapan teman kamu salah dan kesalahannya tidak membahayakan maka maafkannya. Jangan tunjuk kesalahannya dihadapan orang banyak. Jaga maruah teman kamu Sekiranya engkau ingin menegur kesalahannya tunggulah hingga tinggal kamu berdua. Jika kesalahannya adalah kesalahan yang wajib diperbetulkan dihadapan orang banyak supaya tidak

dipengaruhi oleh fikiran orang lain, maka lakukanlah (nasihatlah) dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang, jangan berkasar. Kalau teguran engkau membuat teman kamu malu maka itu adalah salahnya sendiri. Dia yang buat dan dia harus berani menanggung akibat malunya.

4. Jika engkau seorang ketua / pemimpin, bicaralah dengan lemah lembut, tenangkanlah nafsu engkau, jauhilah sikap ujub dan tajabbur (sombong). Sebab, sikap itu akan memadamkan cahaya dan kilauan ilmu engkau.

5. Sekiranya engkau ingin rohah (senang), mendapat pujian dan pahala, maka jangan berbahas dengan lawan bicara engkau. Jangan tunjuk pandai. Jangan mengungkit ungkit kesalahan kesalahan kaum sholihin (kaum yang benar  

6. Jika percakapan engkau dipotong, tetaplah teguhkan hati jangan mengeluh pada perbuatan mereka kerana mereka menunjukkan kekurang ilmu dalam mendengar.

7. Sekiranya engkau temui perkara perkara yang tidak engkau suka, maka tahankanlah perasaan itu dan jangan berbahas, kerana itu adalah sikap orang orang yang teguh dan suka ber-riyadhah.

8.Sebanyak banyak percakapan yang baik adalah dengan diam. “Tidak semua percakapan perlukan jawapan. Untuk percakapan yang engkau benci, diamlah jawapannya”.

9. Dengarlah suara kaum lemah, tenangkanlah orang orang yang ketakutan, perhatikanlah

10. ucapan orang orang yang teraniaya, perlakukanlah mereka semua dengan santun dan ramah mesra. Syukurilah nikmat keamanan dan ketenangan sebab didalam salah satu kitab yang diturunkan kepada umat umat terdahulu, Allah swt berfirman: “Dengarkanlah pengemis sampai ia habis bercakap kemudian tolaklah permintaannya dengan lembut. Kepada anak yatim, bersikaplah seperti ayah serta ibu yang penuh kasih sayang. Dan kepada orang yang teraniaya jadilah penolongnya. Niscaya engkau akan menjadi Khalifah Allah dibumiNya”.

 Dalam Taurat juga dikatakan bahwa Allah swt berfirman kepada Bani Israil, “Wahai penghuni langit, diamlah, Aku akan berbicara. Wahai penghuni bumi, dengarlah apa yang hendak Ku katakan. Taatlah kepadaKu dan jadilah orang yang benar kerana Aku adalah. Allah Yang Maha Adil, Maha Benar, Maha Lurus dan Maha Amanah. Aku tidak pernah berbuat zalim. Jangan menindas orang orang asing, bukankah kamu telah cukup lama terasing di negeri Mesir? Janganlah kamu menzalimi para janda dan anak yatim. Jika kamu menzalimi . mereka dan mereka mengadu kepada Ku, maka sesungguhnya Aku Maha Mendengar jeritan mereka. Aku akan murka dan kamu akan Ku bunuh dengan pedang Ku, isteri isteri

 kamu akan Ku jadikan janda dan anak anak kamu akan Ku jadikan yatim. Janganlah kamu menerima rasuah, kerana rasuah akan membutakan pandangan dan menghilangkan keadilan. Jika engkau melihat keledai orang yang membenci kamu terduduk kerana kelebihan muatan, maka kamu WAJIB membantunya menurunkan muatan. Jika wasiat Ku ini kamu pegang dan laksanakan, maka Aku akan memusihi pada semua yang memusuhi kamu dan membenci pada semua yang membenci kamu”.

11. Bila engkau mendengar seseorang menyampaikan berita yang telah engkau ketahui baik dunia ataupun akhirat, jangan engkau potong. Jangan berlaku zalim, jangan nak tunjuk taring kerana sikap ini menunjukkan kerendahan nafsu engkau. Jangan orang lain ketawakan engkau karena kerendahan akal engkau dalam menuju kepada Tuhan engkau. Sebaiknya dengarlah apa yang dia ucapkan, seakan akan engkau belum pernah mendengarnya. Inilah sikap orang yang mulia dan teguh.

12. Apalagi jika berbicara adalah seseorang yang perlu diistimewakan dihadapan orang banyak seperti Guru kita atau seseorang yang sedang mengharapkan sesuatu dari seorang penguasa, maka memotong dan mendebat ucapannya merupakan sikap tercela dan hina sekali.

13. Perhatikan syair berikut:

 “Bila bercakap tak pernah berkata keji, tidak berbahas dengan yang suka berbahas. Siapa pun yang bertemu seorang dari mereka kan berkata, Ku dapati mereka bak bintang penunjuk jalan”.

14. Ketahuilah pendengar adalah alat pembicara. Kerana itu jangan mendengarkan ucapan yang buruk; ghibah, namimah dan pembicaraan lain yang tercela. Tirulah ucapan penyair berikut: “Jagalah pendengaran mu dari ucapan buruk, sebagaimana kau jaga lidah dari mengucapkannya. Kerana semasa mendengarkan perkataan buruk berhati hati, kau adalah alat pembicaranya”.


Sekian yang tertuang dalam kitab, semoga yang membacanya mendapat ampunan dan Rahmat dari Allah

Aamiin ya rabbal alamin

Posting Komentar

Lebih baru Lebih lama

Formulir Kontak