Sikap Sombong dalam Rahasia Kaum Ilmu Muqorobbin

Sikap Sombong

Saya mengambil dari isi dalam kitab rahasia ilmu kaum Muqorobbin
Sebelum itu beri ala Fatihah kepada pengarang kitab yaitu habib Muhammad Al Idrus






Wahai para salik dan murid-murid, hati-hatilah kamu tidak terlalu berbangga hati, kerana sikap itu tercela dan akan membawamu untuk bersikap sombong dan kehilangan berbagai macam kebajikan. Tetapi nafsu akan memberikan gambaran bahwa tindakanmu adalah zuhud. Padahal tindakanmu itu jauh dari jalan para ahli zuhud. Perbuatan tersebut merupakan tipuan nafsu yang sangat berbahaya. Merasa mulia, berani, tak mau disaingi dan memandang rendah orang lain adalah sifat nafsu manusia. Setiap ada kesempatan nafsu selalu memanfaatkan semua yang bersifat keduniaan untuk memuaskan perasaan tersebut. Jika tidak berhasil, maka ia akan menggunakan ilmu dan sikap zuhud sebagai sarana untuk merendahkan orang lain. Dan sudah menjadi tabiat nafsu untuk bersikap demikian. 
 Penjelasan
 “Berhati-hati jangan sampai ada sifat bangga diri kerana sikap itu sangat buruk (hina) dan akan membawa kamu kepada langkah selanjut iaitu bersikap sombong. Bila kamu berada didalam kekuasaan sombong maka hilanglah berbagai macam amal kebajikan yang telah kamu dirikan. Sifat bangga datangnya dari sifat amarah yang datang dari berbutiknya sifat tamak. Jangan sekali-kali menunjolkan dirimu kedepan dengan ilmu pengetahuan, kerana kamu akan terperangkap pada perbalahan dimana nafsu akan memerintah untuk menasihati seseorang sampai dia tunduk pada kehebatan diri kamu. Bila mereka tidak mahu tunduk kepada nasihat kamu maka naiklah sifat amarah dan menghukumi orang itu kafir, kufur, tak mendapat taufiq hidayah dan banyak lagi hingga kamu lupa kedudukan kamu dimana. Adakah kamu pendakwah? Adakah kamu penasihat? Adakah kamu guru agama? Adakah kamu Ulama? Adakah kamu . . . Sekiranya nafsu tidak dapat membujukmu ia akan mengunakan tindakan pada zuhud kerana nafsu tahu, setiap salik dan murid harus mengutamakan zuhud kerana ini adalah salah satu sifat yang harus ada pada salik dan murid. Maka nafsu akan menyuruh kamu berdiam diri iaitu bersikap zuhud kononnya. Supaya tidak terjebak didalam perbalahan. Itu sememangnya sikap yang baik tetapi masih boleh terperangkap oleh hawa kerana tidak mahu bersuara atas dasar kebenaran atas pembuktian surah Al-Asyr dimana Allah Taala memerintah kepada kaum mukmin untuk saling nasihat dan menasihati pada batas yang selamat. Pada hal ahli zuhud tidak akan termakan oleh bujukkan hawa nafsu. Sekiranya kamu ingin melakukan perintah Tuhan didalam surah Al-Asyr, jangan sekali-kali ada perasaan mulia (tinggi ilmu pengetahuan), jangan rasa terlalu berani (kamu tidak akan mampu melawannya), merasa dirimu tidak boleh disaingi oleh orang lain, suka merendahkan orang lain. Itu semua adalah langkah-langkah yang akan diambil oleh hawa nafsu satu persatu hingga kamu jatuh tersungkur! Sekiranya perasaan itu muncul (naik) satu per satu, lekas-lekaslah kamu membanyakkan istigfar dan mohon pertolongan dari Tuhamu supaya kamu dapat berada didalam keadaan tenang didalam menjalankan Al-Asyr kalau tidak kamu termasuk dalam golongan orang yang sombong kerana tidak mahu masuk campur didalam menasihat sesama muslim. Senantiasalah berkeadaan waspada, seperti seorang askar yang berhati-hati akan tindakkan musuh. Keadaan itu harus ada pada diri setiap salik dan murid karena tidak ada jaminan boleh terlepas dari tindak tanduk mereka. Nafsu tidak akan berdiam diri kerana dia akan memanfaatkan SEGALA kesempatan untuk memuaskan kehendaknya. Kerana nafsu mengetahui bahwa sikap yang ada padanya tidak ada pada murid dan salik kerana murid dan salik sentiasa lalai juga sentiasa lupa dan hawa nafsu tidak ada perasaan lalai dan lupa. Kerana pergorbanan yang ada pada Hawa Nafsu sangat kuat. Nafsu tidak mengetahui apa itu lalai dan lupa. Itulah perbezaannya antara kita dan hawa nafsu. Bermakna ilmu hawa nafsu lebih tinggi dari salik dan murid. Harus belajar dari mereka . . .” 


 Kerana telah dikuasai hawa, kadang kala manusia mengira bahwa apa yang telah dilakukannya baik atau boleh-boleh aje. Pada hal sesungguhnya perbuatannya itu salah, tapi ia tidak menyedarinya. Diceritakan bahwa ada seorang syeikh (guru) yang selama musim panas tidak minum air hanya kerana menjadi ketua pemimpin majlis. Ada pula yang menutupi lengan dan anggota tubuh lainnya supaya tidak kelihatan sama sekali. Ada juga yang menyelimutkan kain diatas kepala sehingga wajahnya tidak kelihatan. Semua perbuatan itu merupakan salah satu cabang kibr (sombong) yang tidak memiliki tempat dalam agama. Sebab, para salaf pada masa awal berperangai mudah, suka menderma dan memperkecilkan nafsu. Dahulu Rasulullah saw makan diatas tanah, duduk diatas tanah. Beliau saw bersabda; “Aku hanyalah seorang hamba. Aku makan seperti seorang hamba makan dan duduk sebagaimana seorang hamba duduk” (HR Baihaqi) Keterangan: “Untuk kamu terhindar dari berperasaan baik dan boleh-boleh aje dalam beribadah dan muamalat maka jangan ada perasaan itu sebaliknya ditukarkan perasaan itu kepada sikap berserah diri kepada Allah Taala. Jangan mengira-gira perbuatan kamu samada baik ataupun tidak. Yang pasti semua adalah hambaNya yang daif dan lemah. Lihatlah akan kedudukan Rasulullah saw yang sangat-sangat tawaddhu (merendah dirinya) sedangkan beliau saw adalah seorang rasul dan nabi yang makan diatas tanah (makan dengan berduduk), duduk diatas tanah (bukan duduk diatas kerusi semasa menyampaikan wasiat dan perintah) itulah contoh terbaik dari beliau saw. Ikutlah para salaf terdahulu, mereka banyak berderma dan tidak mengikutkan bujukkan hawa nafsu dengan cara menyibukkan diri mengingati Allah swt”. Berfasih-fasih dan bermuluk kata dalam bicara bukanlah jalan ahluddin (orang yang beragama). Itu hanyalah hiasan tutur kata. Meskipun demikian, orang awam menganggapnya menarik, kerana jarang orang boleh melakukanya. Jika kamu ingin bukti bahwa sikap tersebut bukan jalan ahluddin, maka amatilah perjalanan hidup dan ucapan Rasul yang ummi saw, dan berhatikanlah akhlak (suhulatil akhlaq) mereka, bagaimana mereka sanggup memandang rendah diri mereka yang sangat mulia. Keterangan: “Janganlah mudah terpedaya dengan mereka yang fasih didalam membaca alQuran, fasih dalam berkata-kata dan bermuluk kata (perkataan/ayat-ayat yang membumbung tinggi) walaupun orang ramai menganggapnya menarik dan terpedaya kerana bukan semua orang boleh melakukan perkara tersebut. Sekiranya kamu menghendaki bukti kebenaran samada mereka yang fasih dan bermuluk kata didalam jalan ahluddin (orang yang ada beragama) lihatlah perjalanan dan ucapan Rasulullah saw dan berhatikan akhlak mereka dan bagaimana mereka merendahkan diri. Sekiranya contoh tauladan Rasulullah saw tidak ada pada mereka, ketahuilah itu BUKAN jalan ahluddin”. Diriwayatkan bahwa Nabi Musa as berteduh di gubuk (rumah kecil disawah, pondok, teratak, bangsal, tempat tinggal sementara) makan dan minum dari wadah batu (dari batu). Jika minum beliau as merendahkan mulutnya ke air sebagaimana haiwan minum. Semua dikerjakan untuk merendahkan dirinya kepada Allah Taala. Jika nafsumu tidak mahu tunduk dan berkeberatan untuk meminta, maka ingatlah bahwa para nabi as juga meminta pada saat memerlukan. Diceritakan bahwa ketika Nabi Musa as dan Nabi Khidhir as tiba disuatu desa, keduanya meminta makan, namun penduduk desa tidak bersedia menjamu mereka. Juga diriwiyatkan bahwa ketika kerajaan Nabi Sulaiman bin Daud as musnah dan ia dalam keadaan memerlukan, maka ia pun meminta. Jika kamu telah mengerti bahwa orang-orang mulia tersebut meminta ketika memerlukan, nafsumu tentu tidak akan merasa keberatan dan kamu tidak akan memandang dirimu mulia. Jangan berharap bahwa kenikmatan hidup dan kedudukan kamu didunia yang penuh kehinaan dan bencana ini dapat kekal, sebab dengan berbuat demikian kamu akan berhadapan dengan Allah. Kamu pasti kalah! Diakhirat nanti kamu akan rugi, padahal telah banyak kenikmatan duniawi yang gagal kamu dapatkan. Kerana keadaan selalu berubah, dan semua hal yang berhubungan dengan keduniaan akan musnah, maka beradablah kepada Tuhanmu, berhentilah pada batas kamu, pasti kamu akan hidup bahagia. 

 Penjelasan tentang dunia: 
 “Didalam keadaan dunia yang penuh fitnah, haruslah berhati-hati didalam segala perbuatan dan keinginan meminta bila masa mendesak. Kerana nafsu tidak mahu diri kamu meminta-minta pada orang lain hanya untuk menjaga nama, kedudukan dan maruah kamu. Katakanlah pada nafsu bahwa para Nabi-nabi as juga meminta. Jangan terpedaya dengan nasihat nafsumu itu dan yakinlah pada diri kamu bahwa orang-orang mulia juga meminta bila memerlukan. Buanglah jauh-jauh rasa kemegahan pada nama, kedudukan dan maruah kamu dan pasti nafsumu akan tunduk. Jangan sekali-kali berpegang pada nama, kedudukan dan maruah kamu. Fikirkanlah, apa ada pada nama, apa ada pada kedudukan dan apa ada pada maruah kamu kerana semuanya akan ditinggalkan bila maut datang menjemput kamu. Tanamkan kedalam jiwa bahwa segala kenikmatan dunia akan hilang, begitu juga dengan dirimu. Jangan sekali-kali berharap (bergantung) pada kenikmatan hidup dan kedudukan didunia yang penuh kehinaan dan bencana. Sekiranya kamu yakin kenikmatan dunia ini kekal maka kamu akan berhadapan dengan Allah dan pasti kamu kalah! Ingatlah siapa Tuhan kamu dan siapa diri kamu! Sejauh ini apa yang kamu dapat dari harta dunia? Kamu sentiasa gagal dan tetap gagal mendapatkannya. Sebab keadaan selalu berubah, lihatlah pada dirimu yang dulu mengejar dunia tetapi sekarang tidak, kerana mendapat pertunjuk dari Yang Maha Kuasa dan memahami permainan dunia. Kamu sudah mengerti akan semua perkara yang berhubungan dengan keduniaan akan musnah maka dengan itu senantiasa beradablah dengan Tuhanmu dengan baik, berhentilah pada batas kamu sebagai hambanya dan insyallah kamu akan hidup bahagia dunia dan akhirat”. Camkanlah penjelasanku ini dan renungkanlah pelik-peliknya. Jika kamu benar-benar seorang pencari kebenaran, berperilakulah seperti akhlak yang telah dicontohkan diatas. Bersikaplah sebagaimana dikatakan dalam peribahasa berikut; “Barangsiapa mencintai dirinya pasti akan memperhatikannya”. Mendekatlah kepada Allah dengan amalan-amalan kaum pilihan, yaitu orang-orang sholeh yang disebutkan dalam kitab ini yang suka berhubungan dengan Allah dengan mengerjakan amalan-amalan yang bermanfaat dan dapat mendekatkan mereka kepada Allah. Keterangan: “Ringankan dirimu untuk mengerjakan amalan-amalan orang-orang sholeh, maka dengan tak secara langsung kamu menjadi dekat dengan Allah dan termasuk dalam golongan orang- orang sholeh. Kenapa? Kerana kamu mengikut jejak langkah orang sholeh. Mudahkan! Tanamkan minat untuk dapat mengerjakan amalan-amalan yang berfaedah dan ringankan punggung kamu supaya dekatlah kamu kepada kaum sholihin dan dekat kepada Allah swt. Bestnya! Tapi tak buat! Dan tak nak buat! Memang Best!”. Seseorang yang memiliki kedudukan dan kemulian dalam masyarakat hendaknya merendahkan dirinya dan menjaga hubungannya dengan Allah swt dengan cara melupakan kedudukannya, membantu masyarakat memenuhi keperluan mendesak mereka, atau segala keperluan lain yang bermanfaat bagi mereka, menolong orang-orang yang hancur hatinya (al-munkasirin) dan menjadi penghubung antara kaum fakir miskin dengan orang-orang kaya. Jika kerana melakukan semua perbuatan ini kemuliaannya menurun, Allah swt akan menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik.

Posting Komentar

Lebih baru Lebih lama

Formulir Kontak