Bagaimana cara mengatasi ujub(bangga diri)?

 Bagaimana cara mengatasi ujub/bangga diri?-  saya kutip dari kitab karya imam Al Ghazali




Allah ta'ala berfirman di dalam surah at-Taubah ayat 25;

وَّيَوْمَ حُنَيْنٍۙ اِذْ اَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ

Artinya: “Dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai.”

Allah ta'ala juga berfirman di dalam surah al-Kahfi ayat 104:

وَهُمْ يَحْسَبُوْنَ اَنَّهُمْ يُحْسِنُوْنَ صُنْعًا 


Artinya: “Mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan.”

Allah ta'ala juga berfirman di dalam surah an-Najm ayat 32:

 فَلَا تُزَكُّوْٓا اَنْفُسَكُمْۗ هُوَ اَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقٰى 


Artinya: “Maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.”



Rasulullah Saw bersabda:


Artinya: “Tiga perkara yang membinasakan; kedekut yang diikuti, nafsu yang dituruti dan kekaguman seseorang ke atas dirinya sendiri”

Ibnu Mas’ud ra. berkata: “Kebinasaan itu terdapat dalam dua perkara: putus asa dan rasa bangga diri. 

Kedua sifat di atas digabungkan kerana orang yang putus asa tidak mencari kebahagiaan lagi kerana sifat putus asanya, sedangkan orang yang berbangga diri tidak mencari kebahagiaan kerana dia menduga bahawa dia sudah memperolehinya.”

Nabi Muhammad Saw bersabda: 

“Walaupun kamu tidak melakukan dosa, aku tetap khuatir akan menimpa kamu sesuatu yang lebih besar daripadanya, iaitu bangga diri, bangga diri.


Pernah Saidatina Aisyah Radiyallahu ‘Anha ditanya: “Bilakah seseorang menjadi buruk?” 

Beliau menjawab: “Ketika dia mengira bahawa. dirinya orang yang baik.”

Pernah seseorang melihat Basyar bin Mansur yang memanjangkan solatnya dan memperelokkan ibadahnya. Apabila dia selesai, dia pun berkata: 

“Janganlah sekali-kali membuat kamu tertipu dengan apa yang kamu lihat dariku. Sesungguhnya Iblis menyembah Allah ta'ala dan mengerjakankan solat selama ribuan tahun, namun kemudian dia menjadi seperti yang telah terjadi.”

Hakikat ‘Ujub

Hakikat ‘ujub atau bangga diri adalah pengagungan atau keakuan terhadap diri sendiri, khususnya yang berupa kenikmatan dan kepercayaan kepadanya dengan lupa menghubungkan kepada Pemberi nikmat dan keamanan dari kehilangannya. Jika dihubungkan dengan melihat diri sendiri bahawa dia memiliki hak dan kedudukan di sisi Allah, hal itu disebut angkuh. 

Dalam satu riwayat disebutkan bahawa solat orang yang angkuh tidak akan diangkat naik lebih tinggi dari kepalanya. Tanda keangkuhan adalah berasahairan apabila orang menolak ajakannya, dan berasa hairan terhadap keteguhan keadaan orang yang disakitinya.

‘Ujub adalah penyebab kesombongan. Akan tetapi, kesombongan menyebabkan orang yang sombong berbangga diri. Sedangkan bangga diri terbatas pada perseorangan. Adapun orang yang melihat kurnia Allah ta'ala pada dirinya berupa amal, ilmu dan yang lain. Dia khuatir akan kehilangannya dan senang atas kurnia Allah  pada dirinya kerana dia berasal dari Allah, maka dia bukanlah orang yang bangga diri. 

Mengubati ‘Ujub

Bangga diri merupakan kebodohan semata-mata. Maka, ubatnya adalah ilmu tulen. Sesungguhnya jika seseorang berbangga diri atas kekuatan dan ketampanan atau perkara yang tidak berkaitan dengan usahanya, maka dia juga adalah bodoh. Sebab, bukan itu yang patut dia banggakan.


Mestinya dia bangga diri terhadap apa yang sebenarnya diberikan kepadanya tanpa ada hak untuk dia mendapatkannya. Ini menyebabkan dia 

juga turut memikirkan tentang kehilangan kehebatan 

itu dalam waktu yang terdekat mungkin kerana sakit 

yang ringan dan sedikit kelemahan sahaja. 

Jika dia bangga diri kerana ilmu dan amalnya, dan 

semua perkara yang di bawah usahanya, maka 

mestinya dia memikirkan amal-amalnya, mengapa 

itu mudah baginya? Maka, hakikatnya tidaklah 

menjadi mudah baginya kecuali dengan anggota 

badan, kekuatan, kehendak dan pengetahuan, yang 

semuanya merupakan ciptaan Allah .

Jika Allah  menciptakan anggota tubuh dan 

kemampuan, dan Dia mencampurkan pengaruh 

pendukung dan penghalau rintangan, maka akan 

wujudlah perbuatan amalan adalah suatu hal yang pasti. Maka, tak ada alasan bagi orang yang bangga diri terhadap sesuatu amalan yang sebenarnya dia perolehi kerana dipaksa. Dia dipaksa pada pilihanNya. Sesungguhnya dia berbuat bila Dia menghendaki. Akan tetapi, jika Allah menghendaki, baik dia mahu atau tidak mahu, pasti kehendakNya akan terjadi.

Allah  berfirman dalam surah al-Insan ayat 30:

وَمَا تَشَاۤءُوْنَ اِلَّآ اَنْ يَّشَاۤءَ اللّٰهُ

Artinya: “Dan kamu tidak mampu (untuk menempah jalan itu), kecuali bila dikehendaki oleh Allah.”

Kunci dalam beramal adalah apabila terputusnya keinginan dan terurusnya faktor penyebab yang merupakan refleksi sempurna kekuatan dan anggota. Semua itu berada di tangan Allah .

Tahukah kamu, seandainya ada kunci gudang di tangan seorang Raja, lalu dia berikan kunci itu kepadamu, lantas kamu mengambil harta dari gudang tersebut, apakah kamu akan hairan dengan kedermawanannya jika dia berikan kunci itu kepadamu tanpa hak untuk memilikinya? Atau dengan kesempurnaanmu dalam mengambilnya. 

Lantas, kesempurnaan apakah yang terdapat dalam pengambilan sesuatu yang telah dimudahkan bagimu untuk mengambilnya?

Yang menghairankan adalah bangga dirinya orang yang berakal terhadap ilmu dan akalnya hingga dia berasa aneh jika Allah menjadikannya miskin dan menjadikan kaya kepada beberapa orang yang bodoh. Dia berkata: “Mengapa Dia meluaskan kurnia kepada orang yang bodoh dan menjauhkannya dariku?” Jawapannya adalah: “Mengapakah Dia memberimu ilmu dan akal dan menjauhkannya dari 

orang bodoh?” Ini adalah pemberian dariNya, apakah kamu menjadikannya sebagai penyebab untuk memperoleh hak pemberian yang lain? 

Bahkan, andai kata dikumpulkan untukmu antara akal dan kekayaan serta Dia menjauhkan kedua-duanya dari orang bodoh, maka itulah yang lebih layak.

Apa yang harus dihairankan oleh orang yang berakal adalah seperti hairannya orang yang dianugerahi kuda oleh Raja, kemudian Raja menganugerahkan seorang hamba kepada orang lain pula. Dia berkata: “Mengapa hamba yang diberikan kepada Si Anu, bukannya kuda dan menjauhnya dariku, padahal aku adalah pemilik kuda tersebut?” Padahal dia menjadi pemilik kuda kerana pemberian (raja itu), maka kemudian 

pemberian itu dijadikan sebagai penyebab untuk mendapatkan hak pemberian yang lain. Inilah kebodohan yang nyata.


Terima kasih sdh membaca ini sampai habis semoga apa yang di sampaikan ini membawa Rahmat dan keberkahan

Posting Komentar

Lebih baru Lebih lama

Formulir Kontak